Sunday, June 2, 2013

wedding preparation part 1: wedding dress

Assalamualaikum and haiiiii

Tak tahu nak mula dari mana.
Lama dah tak menulis. Oh my... tak ada idea.
Dah tak sebecok dulu. Kalau dulu ada jer benda nak cerita.
Sekarang dah kurang. Mungkin faktor usia.
BAHAHAHA macam dah tua jer. :P

Pejam celik pejam celik tinggal lebih kurang 6 bulan lagi uollssss
untuk kita menamatkan zaman bujang.
Rasa macam lama tapi sekarang ni pun rasa dah sesak nafas pikir macam-macam.
Well bila mention 'wedding' opkos banyak sangat checklistnya.

For this entry, anis nak cerita pasal satu perkara sahaja dulu.
And it would be wedding dress.
Haaa anis bila fikir wedding dress rasa excited membuak-buak.HAHA
Bahasa Melayu kau ness.
Phone memory tu dah penuh dengan gambar wedding dress.
Berlambak-lambak. Sekejap-sekejap save gmbr.
Sekejap-sekejap screenshot.
Sampai pening tak tahu nak pilih design yang macam mana.HAHA

Oleh kerana badan I ni comel kannn
Jadi anis decide untuk buat sendiri baju nikah and sanding.
bahahaha. gelabah giler. Selalu orang sewa jer.
Tapi sebab risau malu kalau pergi fitting tiba-tiba baju yang kita nak tak muat...
MALUUUUUUUU
So beli kain jahit jer lah sendiri. Upah orang lah tapinya.
Anis mana der kemahiran menjahit-jahit bagai ni. hehe

Beli kain dah lama. Dari tahun lepas lagi.
Because anis nak wedding gown, so material kain adalah duchess satin.
Kain dia berat and keras sikit. Dia punya kain tak lembik.



ok ni contoh nya.

Bila nak buat wedding dress, selalunya tailor akan minta kain duchess.
Dia tak nak kain biasa.
Kebetulan masa anis pergi Jakel,
pekerja dia yang baik lagi arif tu dah cakap siap-siap.
"adik kalau nak buat baju kahwin ala-ala mat saleh tu kena pakai kain duchess.
sebab nti dia terletak elok jer pada badan"
Bila dia dah cakap macam tu anis pon decide ok bagi saya kain duchess.
For the price anis dah tak engat the exact price.
Tapi a bit mahal lah. Kalau tak silap..
kain for bride + kain for groom = RM 400+
Ni harga taun lepas. Sekarang tak tahu lah.

Ok itu baru base nyer sahaja.
Tak kan baju tu nak kosong jer kan??
Mesti ada lace dia. So anis beli kain lace di Jakel juga.
Lace ni harga dia depends on lace yang macam mana korang nak.
Dia ada banyak jenis lace. Kalau tengok semua mesti rambang mata.
Tak tahu nak pilih yang mana satu. Ni mata ni selalu pilih yang cantik-cantik.
Harga dia pon cantikkkk jugak.
Kalau cantik mahal lah. Kalau kurang cantik murah lah sikit.
So anis beli yang tengah-tengah.
Mahal sangat tidak. Murah sangat pon tidak.






ni contoh lace pada wedding dress.

Mesti korang fikir seksi kan? Dont worry.
This is not the design for my wedding dress. Anis bagi contoh gambar sahaja.
Anis punya wedding dress sopan jer. HAHA.
Tak adalah seksi-seksi.
Kang papa lempang aku kang saper nak tolong back up.
Sekali dengan suami pon lempang sekali.
Baru kahwin dah bagi dosa pada suami untuk tanggungkan.hehe.






















Ini lah dia kain yang anis beli.
Yang warna putih bawah tu kain duchess.
Yang atas dia tu lace warna mint green + gold.
Oleh sebab design yang anis pilih ada riben dekat pinggang,
So yang warna gold tu adalah kain silk untuk buat riben.
Gambar tak berapa jelas.
Excuse my handphone cabuk.
Design macam mana wedding dress tak boleh nak reveal dulu.
Nanti tak suprise. HEHE. :))
Bagi reveal warna kain jer dulu.HAHA.

Okay itu baru baju untuk reception day.
Baju untuk nikah tak story lagi.
Sekarang beralih pada baju untuk nikah pula ye.
Untuk baju nikah, jauh I pergi beli kain.
Sampai ke bandung sana hah.
Actually memang nak pergi melancong.
Beli kain adalah sampingan.

Warna untuk baju nikah adalah hasil idea my bff Ain Rahman.
Masa nak beli baru decide warna.
Sebab memang tak tahu nak pakai warna apa.
Encik tunang tak nak putih tak nak cream.
Dia kata too common.
Dia nak warna lain.
Puaslah memikir warna apa yang lain.
Sebab I have white in my mind.
Nasib baik pergi melancong bawak kawan baik 2 orang.
Dorang lah yang tolong decide warna and kain.

Warna yang telah dipilih adalah......







CHAMPAGNE colour.
Warna arak. Tapi anis tak minum arak.
Warna sahaja.
Haaa rare gitu. Jarang tengok orang pakai warna ni.
Tapi dah tunang nak warna lain.
Hah amikk.
Memang lain dari yang lain.


















ok ni kainnya. Excuse my handphone cabuk again.
Not so clear.
Bawah adalah kain silk satin warna champagne.
Atas adalah kain lace warna gold.
Cerita bestnya kain dekat bandung murah!!!
So rasa jimat sikit duit.
Again design adalah rahsia. HAHA.






















Untuk baju nikah ambil inspirasi dari majalah pengantin bulan Jun.
Dalam majalah ni banyakkkkk sangat design yang cantik-cantik.
So pada yang nak melansungkan perkahwinan tak lama lagi,
rajin-rajin lah usha majalah ni. Worth it!

Tips:
Jangan tetapkan warna tema dahulu.
Pergi bridal tengok baju mana yang cantik dulu.
Yang u berkenan then baru lah decide warna ikut baju yang u pilih.
Sebab selalunya kalau u tetap warna dulu,
then bila pergi bridal, warna yang u pilih tu baju dia tak cantik so susah.
Ini tips dari kawan baik anis.

Yang kedua. Please google.
Please study. Warna apa yang 'in' sekarang ni untuk wedding.
Ini nasihat daripada photographer.
Warna memainkan peranan penting.
Warna yang 'in' sekarang adalah warna-warna pastel.
It will look good in your photo.
Banyak sangat warna pastel yang cantik-cantik sekarang ni.
Tolonglah. Nak kahwin sekali ajer kan?
Make it beautiful!!!













Go for PASTEL COLOUR!
don't ruin your wedding.HAHA.
BYE!