Showing posts with label anis's kitchen. Show all posts
Showing posts with label anis's kitchen. Show all posts

Saturday, July 19, 2014

Nasi Ayam semudah ABC

Assalamualaikum,

Hari ni anis nak share satu resepi.
Anis bukan dalam golongan pandai masak.
Jadinya bila dapat buat nasi ayam ni kira woww sangatlah! HAHA

Tak sangka pula yang nasi ayam ni mudah saja nak buat.
Perempuan macam anis ni pun boleh buat.
Yang dulu masa zaman bujang zaman remaja tak nak masuk dapur langsung tolong mama.
Tahu order dan bila masuk dapur semua dah ready. Ish ish ish.
Sampai sekarang perangai tak ubah.
Tapi dengan mama sendiri jer lah.
Dengan mak mertua tak buat perangai manja ngada2 tak senonoh ni.
HEHE.

Ok. Terus pada resepi nasi ayam semudah ABC.
Haa kalau kata semudah ABC, memang mudah lah kak oii.

Bahan-bahan.

1 ekor ayam belah 2.
Halia.
Bawang besar 3biji.
Bawang Puteh 2 ulas.
Cili merah 5-6biji.
Tomato.
Salad.
Kentang.
Lobak merah.
Timun.
Madu.
Minyak bijan.
Kicap manis. (anis guna ABC)
kicap biasa.
Cuka.
Garam.
Gula.
Mentega.
Sos cili.
Daun sup.
Daun bawang.



Langkah-langkah.


  1. Rebus ayam yang telah di basuh dalam periuk. Masukkan halia 1 inci yang telah diketuk bersama dengan ayam.
  2. Sementara rebus ayam tu bolehlah sediakan bahan untuk nasi. Potong 2 biji bawang besar, bawang putih dan 1 inci halia. Masukkan 1-2 sudu mentega dalam kuali. Dan tumis bahan-bahan tersebut. Masukkan ke dalam periuk nasi dan kacau bersama beras. Ambil air rebusan ayam tadi sedikit untuk masak nasi. Ikat daun pandan dan masukkan sekali supaya nanti nasi wangi. Actually kena guna halba tapi since tak ada kita guna saja daun pandan. Pernah try tambah susu masa 1st time masak, tapi nasi jadi terlalu muak untuk di makan. So, tak payah guna susu.
  3. Ayam yang telah direbus tadi toskan kemudian masuk dalam satu bekas. Sekarang kita nak perap ayam dengan kicap manis+madu+kicap biasa+minyak bijan. Untuk bahan-bahan perap ni anis tak ada sukatan. Terpulang pada anda nak bubuh banyak mana. Kalau nak rasa lebih honey, lebihkan lah madu. Gaul rata dan rasa ikut kesukaan anda. 
  4. Sementara kita perap sekejap ayam tu, bolehlah settlekan sup dengan sos cili. Untuk sup, panaskan semula air rebusan ayam tadi. Masukkan potongan bawang besar, kentang, lobak merah, garam dan stok ayam knoor. Nak guna stok ayam jenama lain pun tak apa. Janji stok ayam. Biarkan sup masak sehingga kentang dan lobak merah masak. (anis biarkan sup masak dengan api sederhana sahaja).
  5. Sementara nak tunggu sup siap, ambil cili merah, potong dan buang bijinya. ambil bawang puteh 2 ulas. potong2. masukkan dalam blender bersama dengan gula. Masukkan sedikit air masak yer, jangan guna air paip. blend sampai hancur. Masukkan dalam kuali dan panaskan. Masukkan sedikit cuka dan sos cili. Bagi kepekatan sos cili nasi ayam ni terpulang kepada anda. Kalau nak cair masukkan air lebih sedikit. Kacau-kacau dan rasa. Dah kena dengan tekak, padam api dan hidang.
  6. Sekarang kita settlekan ayam pula. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan ayam dan goreng. Tak perlu goreng terlalu lama sebab ayam ni sebenarnya dah masak masa rebus tadi. Agak-agak lah nak garing mana ayam tu. Bila dah siap goreng, toskan minyak dia. 
  7. Sementara tunggu ayam tu sejuk sedikit sebelum kita chop2 dia, kicap perapan ayam tadi jangan buang. Ambil masuk dalam mangkuk. Itulah kicap untuk nasi ayam kita yer dik non.
  8. Sup pun dah masak. Kicap dah settle. Sos cili pun dah siap. Pergilah tengok nasi. Kalau dah keep warm buka dan kacau dengan senduk supaya bahan-bahan dalam nasi tadi rata. Ada orang letak garam sedikit masa masak nasi, tapi anis tak letak pun. Kalau nak lagi cantik gunalah beras wangi. Hasilnya nasi panjang-panjang. Cantik berderai. :)
  9. Dah siap semua, bolehlah dihidang. Potong ayam tadi. Hidangkan bersama, salad, tomato dan timun.
  10. Sup pula bolehlah hidang bersama hirisan daun bawang dan daun sup.

Dah siap. Boleh lah panggil satu keluarga makan sekali. Ayam tu nasihat anis memang kena guna seekor. Tak payah lah berangan nak masak separuh jer. Tak cukup kak oii. Sekali makan jer dah habis ayam tu.
Family kalau ada 5-6 orang memang cukup sangat. Nasi tu ikutlah berapa banyak pot. Anis masak 2-3pot jer biasanya. Boleh lah nak ulang makan 2x.

Ini lah dia hasilnya. Tapi ini gambar masa 1st time buat, 2nd time buat tak sempat ambil gambar. Malas sebenarnya sebab dah penat almaklum bulan puasa. 

Pada yang nak mencuba selamat mencuba :) Moga sukses hendaknya. HEHE.
Especially kalau anda beginner macam saya. MUAHAHAHAHA.

Ok lah. BYE!

#prayforgaza #prayforpalestin #prayformh17 








Saturday, March 2, 2013

resepi kek coklat puding karamel

Assalamualaikum.

Anis nak share satu resepi kek yang anis belajar dari kaklong anis.
Kek ni anis buat sempena birthday dak ayol. Haha. Tunang kita lah. Ayol nama glamer. :)

Bahan2.

A. Gula hangus.(karamel)
4 sudu gula
Air 3sudu. (Cukup utk cover gula)


Panaskan atas dapur dgn api kecil. Tak perlu kacau.tunggu sehingga warna perang. Goyang2kan pan supaya gula td cair rata.

Bila dah cair cepat2 padam api dan tuang gula hangus di dalam periuk.sekali lagi pusing2kan periuk supaya gula hangus ni td tutup semua bahagian dalam periuk.rata.

B. Puding
Susu pekat 1 cawan
Susu cair 1 cawan
Telur 3biji
1sudu kecil asen vanila

Kacau sampai sebati dalam mangkuk. Bila gula hangus dlm periuk td dah keras masukkan adunan puding ke dalam periuk yg berisi gula hangus td. Sementara buat bahan A dan B tadi panaskan air dlm kukus dahulu. Bila air dah menggelegak bolehlah naikkan periuk atas kukus. Gunakan api sederhana selama 20minit. Kita tak nak puding trlalu masak.cukup sehingga dia mengeras sedikit.


C. Kek coklat
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1sudu kecil soda bikarbonat

Gaul dalam mangkuk.

1 cawan serbuk koko
1cawan minyak masak
1sudu kecil asen vanila
1cawan susu pekat
1cawan susu cair
1cawan gula

Masukkan dlm periuk dan panaskan atas dapur dgn api kecil. Kacau sampai sebati. Bila dah sebati padamkan api dan biarkan ia menyejuk.

3 biji telur.
Pukul dahulu dlm mangkuk. Bila adunan kek telah sejuk masukkan telur dan tepung ke dalam adunan kek. Kacau sampai sebati.

Selepas 20minit perhatikan puding karamel di dalam kukus.sekiranya sudah sedikit mengeras bolehlah masukkan adunan kek. Masukkan semula ke dlm kukus dan kukus selama 1jam.

Cucuk bahagian tengah bagi memastikan kek telah masak sepenuhnya. Bila dah masak padamkan api kukus. Tunggu sejuk dahulu dan bolehlah dihidangkan utk di makan. :)


Ni lah dia contoh kek coklat puding karamel.
Kek percubaan pertama kaklong.

Yg anis buat utk ayol rahsia. Xleh display cni.
Hahahaha

K bye!