Wednesday, January 16, 2013

COACH PRE LOVE

Assalamualaikum...

Anis ada beli satu handbag Coach.
Tak pernah guna.
Dijamin masih dalam keadaan baik dan sangat bersih.
Tapi terpaksa dilepaskan atas sebab nak pakai duit untuk benda lain.
(tag harga dah buang sebab excited sangat masa mula-mula dapat)

DAISY SIGNATURE HOBO

sangat-sangat cantik!

Ada 2 tali (panjang dan pendek)
Material : kain dan leather.





harga: rm700 
email me at :
anisdesu@yahoo.com

Whatsapp / sms sahaja. Call tak layan:
010-7601071


atau boleh PM dekat FB bagi siapa-siapa yang kenal Anis.











Monday, January 14, 2013

surat dari manusia berdosa

Assalamualaikum..

Perkara paling susah dalam hidup ni bagi saya adalah PERUBAHAN.
Kenapa PERUBAHAN tu susah? ubah jela apa yang payahnya.

Not that easy okayyy.
Sebab dalam diri kita ni ada NAFSU.
Perkara yang paling susah kita nak tundukkan adalah nafsu kita sendiri.
Even orang nak jinakkan kuda pon lagi senang dan mudah daripada menjinakkan NAFSU.
Tak percaya? Saya bagi contoh:

1) Pergi shopping mall. Niat tak nak beli pape. Nak jalan-jalan cuci mata je. Tapi....end up nya mesti ada beli something jugak. Even benda tu cuma makanan or minuman. See.... :) 

NAFSU MAKAN

2) Oh citer Setia Hujung Nyawa dah start. Ok kejap lagi azan and iklan aku terus g solat maghrib. Tapi..... Pukul 8 habis cerita baru pergi solat maghrib. See....

NAFSU MATA

3) Ala couple ni untuk kenal hati budi masing-masing. Tak salah kan. Sebab kita nak kenal pasangan kita. Tapi..... eh terpegang tangan pulak. Eh! teramik gambar peluk lah. Sudahhhh. Apa macam?

NAFSU DURJANA!

Sebab tu saya cakap. Perkara paling susah untuk kita tundukkan adalah NAFSU. Perkara paling susah untuk kita buat adalah PERUBAHAN untuk menjadi seseorang yang lebih baik. Dalam hidup ni siapa je yang tak pernah tergelincir? Semua orang tergelincir. Tersadung. Terjatuh. Tertiarap. Tertonggeng. Segala ter ada. Tapi bergantung pula pada orang tu untuk bangun semula sebagai orang yang sama atau pun orang yang lebih baik.

nafsu yang jahat!


Selama 24 tahun saya hidup, baru kali ni saya rasa saya betul-betul nak berubah. Tapi macam saya cakap, perubahan tu susah. Even bakal suami saya pon cakap saya ni payah. Liat. Tak pernah nak dengar cakap. Pentingkan diri sendiri. And macam-macam lagi lah. Kita orang memang suka terus terang. Tak ada selindung-selindung. And I admit, dats the truth. Saya susah betul nak terima nasihat orang. Dalam hati ni saya fikir saya paling betul. Orang lain kena terima apa saya cakap. EGO. SOMBONG.

Sebut pasal sombong saya baca satu cerita. Ringkasan daripada cerita tu siapa kita nak sombong dengan orang lain. Naik kapal terbang sikit dah sombong. Macam kita sorang jer yang mampu naik kapal terbang. Nabi tuh, naik langit ke-7 tak ada sombong pun. Siapa kita nak sombong?? Pandang keliling...semua yang kita ada, semua Allah s.w.t punya. Bila-bila masa DIA boleh amik balik. Macam nenek saya di ambil Allah s.w.t pada tanggal 28dec lepas. Siapa kita nak sombong??? Kalau nak cerita air mata saya laju jer nak menangis. Sebab saya manusia yang sangat lalai, sombong dan alpa selama ni. Time susah pung pang pung pang semayang. Doa mintak Allah s.w.t tolong. Tapi time senang mudah saja lupa Allah s.w.t. Sejujurnya saya malu dengan Allah s.w.t. Saya tak malu dengan orang lain. Saya malu dengan Tuhan saya.

surah yassin.

Allah s.w.t dah sebut dalam quran pasal sombong tapi sebab selama ni tak cakna, maka tak tahu.
MasyaAllah...


Satu hari tu saya dok leka baca novel. 2 biji novel.

1) suami aku ustaz
2) perempuan lindungan kaabah

Betapa besar kuasa Allah s.w.t, orang lain dok nasihat tak jalan. Even mak ayah sendiri. Tapi kuasa Allah s.w.t, saya baca novel hati saya terus berbalik. Berbalik pada Allah s.w.t. Saya bukan bangga diri. Tapi saya malu. Umur dah 24 tahun tapi apa jer amal yang dah saya buat? Allah macam bagi saya tengok satu video. Otak saya terus flashback segala apa yang saya dah buat sepanjang saya hidup. Saya rasa tak ada apa yang saya buat yang boleh dibanggakan sebagai seorang Islam. This is the truth. 

Saya bangun solat Subuh. Ingat lagi hari tu hari Sabtu. Tak kerja. Lama saya duduk atas tikar sejadah. Nangis sepuas-puasnya. Nangis yang saya tak pernah buat untuk orang lain. Tapi hari tu saya nangis dengan Allah s.w.t. Sejak dari hari tu saya nekad. Bak kata kawan baik saya Mashkura, kita jangan tunggu dapat seru. Kita sendiri yang kena cari. Allah s.w.t sentiasa ada dengan kita. Kita yang kena cari DIA. DIA tak pernah tinggalkan kita. Menjejes lagi airmata saya. Sedih sebak. 

Perkara yang bermain dalam kepala saya, "Ya Allah, jangan Kau seksa ayahku kerana kesalahanku. Jangan Kau seksa adik-adik lelaki ku kerana dosa-dosa kakaknya. Jangan Kau seksa bakal suamiku, kerana dosa-dosa ku". Nangis lagi. Sungguh, saya sedar, saya terlampau menyayangi mereka. Dan saya sedih andai mereka turut diseksa kerana apa yang saya lakukan. 

Sebenarnya lah kan, bila saya duduk diam-diam fikir balik kenapa saya hidup buat dosa, sentiasa ulang kesalahan yang sama, saya jumpa satu jawapan. Saya tak takut dengan Tuhan. Sungguh, saya rasa tu jawapan dia. TAKUT. Bila kurangnya rasa takut dalam diri, maka kita berani buat dosa. 

Ayat yang buat saya takut. Rupanya selama ni saya tak rasa takut dengan Allah s.w.t. Tapi kalau saya teruskan apa akan berlaku dengan saya di akhirat kelak? Allah s.w.t akan datangkan saya rasa takut di akhirat kelak. Nauzubillah..mintak dijauhkan. Lebih baik rasa takut sekarang dari di akhirat kelak.

Lepas tu terus saya doa supaya Allah sentiasa datangkan rasa takut dalam diri saya untuk buat dosa. Dan saya rasa kita memang perlu rasa takut tu.


Maka, saya rasa, apa yang perlu saya lakukan untuk berubah adalah 3 perkara. 

1) Baiki solat.  Sesungguhnya sembahyang itu jika dikerjakan dengan sempurna dapat mencegah seseorang daripada perbuatan keji dan mungkar sebaliknya orang yang mengerjakan ibadat sambil lewa tidak akan dapat merasai nikmat ketenangan dan ketakwaan yang sebenar kepada Allah S.W.T. 

2) Banyakkan sujud pada Allah s.w.t


3) Memperbanyakkan doa. Kerana doa adalah senjata mukmin.



Sebagai seorang perempuan/wanita/bakal isteri/bakal ibu saya nak share something dengan semua yang sama kaum dengan saya:


Tak takut ke kita? Nabi sendiri cakap. Golongan yang paling ramai dalam neraka adalah wanita.
Astaghfirullahalazim.. 

Saya tahu dan sedar saya tak sebaik mana. Tapi saya ikrar dalam hati. Saya akan cuba berubah sedikit demi sedikit untuk jadi manusia yang lebih baik. InsyaAllah.

Kata bijak pandai, sesiapa hidupnya hari ini lebih teruk daripada hari kelmarin, maka dia tergolong dalam kalangan orang yang celaka.  
Sesiapa hidupnya hari ini sama seperti  hari kelmarin, maka dia tergolong dalam kalangan orang yang terpedaya.  
Dan, sesiapa hidupnya hari ini lebih baik dari hari kelmarin, maka 
dia tergolong dalam kalangan orang yang berjaya.  



Tolong doakan saya dan saya juga akan mendoakan anda semua untuk menjadi seorang yang lebih baik.
InsyaAllah. Saya harap juga post saya ni tak di salah tafsir. Saya tak ada niat apa-apa. Saya cuma nak kongsi apa yang saya rasa. Semoga apa yang saya kongsikan dapat beri nafas baru untuk orang lain.


kita mungkin tak mampu nak jihad seperti rakyat palestin. 
Tapi kita boleh jihad untuk diri sendiri.