Thursday, June 14, 2012

a long journey for a HOME

Salam, Hai2 korang,

Anis kat sekolah ni. Kebetulan tak ada kelas dah,
Jadi spend time di lab komputer sekolah lah kebetulan ada kerja yang nak dibereskan.

I've been babbling about home/house here http://itsmeanis.blogspot.com/2012/06/house-or-home.html .
And remember dat anis ada cakap hujung minggu ni mungkin boleh settle.
Tapi sayangnya tak boleh.huhu

So, nak cerita apa yang anis dah lalui sepanjang proses nak beli rumah ni.

1) Survey rumah.

Round-round kawasan sekitar yang ada projek perumahan. Jalan-jalan dengan pasangan atau family members/ kawan supaya senang untuk berbincang terus dengan mereka. Minta pendapat dan cadangan mengenai rumah-rumah tersebut.

2) Membuat pilihan.

Bila dah ada yang berkenan di hati, pergi jumpa dengan developer/pemaju. Berbincanglah dengan mereka mengenaik rumah impian anda itu. Kalau boleh tanya semua yang anda perlu tahu. Keluasan rumah, keluasan tanah, design dia, apa-apa sahaja. Bila siap, harga rumah berapa, make sure to make comparison. Dalam kes anis, satu projek perumahan yang sama, ada macam-macam design/jenis rumah. Jadi ada 3 pilihan di hati. Maka anis tanya developer semua yang anis nak tahu mengenai ketiga-tiga rumah ni and then baru buat comparison. Dah betul-betul berkenan, maka buatlah keputusan yang jelas lagi nyata.HEHE

3) Booking rumah/ pay the down payment.

Pergi jumpa developer AGAIN dan cakap nak book rumah yang mana satu. haaa time ni penting. Tengok lokasi rumah anda. Sama ada menghadap matahari ke tak. Senang ke tidak jalan keluar masuknya. Ada security ke tak. Selamat ke tak kawasan tu. Berjiran dengan sape bumiputera/non bumi. Sebab ada certain orang sangat cerewet. Tak berapa selesa berjiran dengan bumi/non bumi and so on. Jadi make sure pilih rumah yang betul. Dalam kes anis, anis dah tukar rumah 2x. 2x tau. HAHA. Sampaikan developer kata ini last kami bagi you tukar. Actually kita bagi 1x jer tukar. Tapi untuk you tak apalah. Kita bagi kelonggaran sebab you macam sungguh-sungguh nak beli. HAHA. Cerewet ok anis dan dia. Bukan apa, ada banyak perkara yang berlaku menyebabkan proses pertukaran tu terpaksa dilakukan. So, jangan tiru perangai anis, make a wise decision ok sayang2 sekalian. :)

4) Survey housing loan.

Bila anis cakap SURVEYYYYYY, memang kena survey. Rajinkan diri menapak kesemua bank yang ada. Tanya dorang pasal housing loan. Tanya semua. Interest berapa, instalment berapa, dengan gaji you, layak ke tak? kena join loan ke tak? lock in period berapa lama (khusus untuk government servant). Lock in period means, berapa tahun you kena stick housing loan dengan bank berkenaan sebelum you convert pada government loan. Dalam kes anis, Bank Islam ada 5years lock in period. Dalam masa 5tahun tak boleh convert pada government loan. Kalau tak, kena bayar penalty fee which is very the rugi lah. Tapi kalau you banyak duit tak apalah. hehe. Boleh apply loan mana-mana bank pun dalam satu masa yang sama. Macam anis, anis apply di 2buah bank. Asalnya nak apply di 3 buah bank. Tapi 1 bank tu dah penuh kuota dia. Jadi nya dapat apply di 2buah sahaja. Maybank Islamic dan Bank Islam.

5)  Apply and Proses loan.


Bila sebut pasal proses loan, ohmai, banyak sangat kesulitannya. First sekali macam-macam dokumen dia nak. Ada yang senang dan ada yang susah. Dokumen yang terlibat:


  • IC copy.
  • confirmation letter/ pengesahan majikan
  • degree copy
  • EPF statement/penyata kwsp
  • payslip/ slip gaji.
  • resit booking rumah
  • dokumen pembelian rumah (yang ada nyatakan berapa harga rumah, details pasal rumah)
  • surat pertukaran gaji ke bank islam and so on.
Kadang-kadang lain bank lain dokumen yang dia mintak. Jadi bagi jelah mana yang dia mintak. Lepas dah submit documen tunggu jerlah dia call. Maybank call anis jer 2x. 1st call dia tanya mana sumber anis dapat untuk bayar 10% lagi harga rumah. Sebab bank cuma provide 90% shj dr harga rumah. the 10% balance u kena cari sndri. 2nd time dia call, dia mintak anis cari peminjam bersama sebab anis ni fresh lagi. Maksudnya anis tak pernah buat apa-apa loan dengan bank. Maka tak ada rekod pinjaman/pembayaran anis pada bank. Rekod ni penting sebenarnya sebab dia nak tengok kita ni jenis macam mana. Bayar ok ke tak.

Jadinya, kena ready lah sejumlah amaun yang besar dalam akaun sebagai bukti yang kita mampu nak bayar jumlah 10% harga rumah tu. Kalau tak ada susah nak lulus. Nak cerita lagi, bila anis pergi ke bank islam, dia cadangkan kongsi loan. Berkeras ni tak nak kongsi loan sebab fikir nanti rugi. Tapi orang tu explain macam ni:

Loan Bank: Rumah pertama = 90% --> Rumah ke-2=90% --->rumah ke-3=70%

Loan kerajaan: rumah pertama=100%
--->rumah ke2=Amaun pinjaman harta kedua adalah perbezaan diantara kelayakkan semasa dengan amaun yang telah diambil atas pembelian harta pertama.

Lepas tu pegawai tu tanya anis, kamu nak beli rumah berapa banyak?HAHAHAHA. It make sense.
Takkan nak beli banyak-banyak kot. Paling tinggi pun 2/3 bijik jer. Tak akan lebih dari tu.
Siapa nak duduk?

So, it makes no difference actually. Selagi gaji you layak untuk buat pinjaman, maka tak ada masalah.:)

6) Loan approve/ Loan Reject.


Loan approve jer bank akan keluarkan offer letter. Dalam masa sebulan boleh pikir lagi nak ke tak amik loan tu. In certain cases, kalau korang apply loan di beberapa bank yang berbeza, andai kata 1bank dah luluskan n bagi offer letter, tapi korang rasa tak nak ambil loan dr bank tersebut. Nak ambil loan dari bank B, tapi loan dekat bank B tak lulus lagi. Senang! Ambil offer letter tu dan bawa pada bank B, nanti confirm! sekejapan dah lulus loan korang dekat bank B. Sebabnya simple, dia tengok bank lain luluskan loan korang, maka korang ni dikira peminjam yang memang layak! Jadi apa nak pikir2 lagi. Luluskan saja :) Itu apa yang diterangkan oleh pegawai bank tulah pada saya. Bila dah sain offer letter, maka nanti inform pada developer yang loan dah lulus, dan bolehlah sain aggrement. Ada 2 agreement, 1 dengan bank, 1 lagi dengan developer. Yang dengan developer ni melibatkan peguam lah. So akan ada lawyer fee. Sediakan duit dalam beberapa ratus cmtu. Dah sign semua, settle jelah. HAHAHA. Tunggu dapat kunci, dan bermulalah proses pembayaran hutang. Selamat Maju Jaya :)

Loan reject pulak, sama jugak. Ambil reject letter dari bank, bawa pada developer, maka mereka akan pulangkan balik duit booking rumah yang kita bayar di awal proses tadi. Tapi selalunya, kalau u insist nak beli rumah dari dorang, developer akan cuba tolong. Bank A reject dorang akan cuba applykan loan kita pada bank B/C/D/E. Haaaa lebih kurang macam tulah.

Uishhh letihnya menaip ni.
Tak tahu siapa yang nak baca sebenarnya. HAHAHA
Tak apalah. Siapa yang terbaca post ni, boleh tinggalkan komen.
Saya pun tak arif sgt pasal urusan beli rumah.
Tapi apa yang saya cerita adalah daripada pengalaman saya sendiri.
Ini pun sebenarnya masih dalam proses menunggu loan lulus/tidak.
Hopefully luluslah.
Nak tanya apa-apa pun boleh tanya saya jugak mana yang tak paham.
InsyaAllah, mana yang boleh saya jelaskan, akan saya jelaskan :)


Inilah rumah yang tengah kami (ehem huk huk) batuk sikit. Kami tu.HAHAHA
Rumah yang kami sedang usahakan. Moga menjadi realiti dan bukan fantasi semata. Tolonglah nangis.
Sedih ni.huhuhu

Oh yer, sebelum finishing, ada orang tanya kenapa amik loan bank instead of loan kerajaan, sebab loan kerajaan interest dia cuma 4%. Loan bank yang anis ambil interest dia 4.4%. Jawapan dia mudah:

1) Anis belum sah jawatan lagi. Kalau nak apply loan kerajaan kena sah jawatan dulu dan berkhidmat sekurang2nya setahun.
2) Tak boleh join loan kalau bukan spouse. Oleh sebab tak kahwin lagi maka, terpaksa lah menggunakan loan bank. Itu sahaja. Sekian terima kasih :)








Monday, June 11, 2012

House or Home

Hye :)
Sekarang saya tak bosan.
Sementara tunggu match England vs France ni
bolehlah tulis blog kejap.
Apa yang menarik hari ni?
Banyakkkkk. :)
Alhamdulillah loan dah lulus.
Tinggal nak settlekan loan rumah jer.
By the end of this week insyaAllah akan settle perihal rumah.
Tak sabar tak sabar.
Semoga segala urusan dipermudahkan Allah s.w.t.
Hopefully keputusan ni adalah yang terbaik untuk semua,
especially for both of us.
Orang kata kalau nak kahwin ni biarlah rancang betul-betul.
Perlu berbincang dari hati ke hati. Ecewah!
Tapi serius lahhh saya memang tak ambil mudah perkara ni.
Bagi saya perkahwinan tu adalah satu istilah yang besar,
yang di dalamnya penuh dengan tanggungjawab.

Ramai orang komplen bila saya cakap saya nak beli rumah.
Kenapa nak beli rumah?
Ada banyak sebab sebenarnya.

1) Bila dah kahwin saya harap saya ada rumah sendiri.
Bila ada rumah sendiri kita akan lebih bebas dengan pasangan.
Tak perlu nak cover line dan sebagainya. Walau apa pun yang jadi,
hanya kita berdua jer yang tahu.

2) Nak kan keadilan. Biar saya nak pergi kerja dekat.Dia nak pergi kerja pun dekat.
Rumah tengah-tengah. Jadi tak akan timbul isu, "u senanglah rumah parents dengan tempat kerja u dekat jer dengan rumah kita". Tak nak bergaduh di kemudian hari disebabkan perkara remeh sahaja. 

3) Rumah adalah aset. Kalau tunggu 10tahun nanti, belum tentu saya akan dapat harga rumah macam sekarang dengan saiz yang macam tu. Harga properties kian meningkat setiap tahun. Jadi tak salah rasanya di usia yang muda ni kita beli rumah. At least dah ada tempat berlindung. :) Alhamdulillah.

Banyak lagi lah sebab lain kenapa kami beli rumah. Dan sebab lain tu tak perlu nak cerita kat sini.
Nasihat saya untuk orang-orang muda kat luar sana,
Jangan terlalu mengejar nak pakai barang branded,
Nak pakai kereta mewah2,
Sebab benda tu tak akan bertahan lama.
Apa yang penting adalah persediaan kita untuk masa depan.
Cuba fikirkan sesuatu tu lebih ke hadapan.

Tapi kalau mampu tak ada salahnya.
Duit kamu, kamu punya pasallah nak beli apa.
HAHAHAHA
Tapi beringatlah terutama sekali bila kita sudah ada tanggungjawab.
Hidup bukan sekadar untuk enjoy semata, tapi hidup mesti enjoy!
Ok chow! ;)


;)