Saturday, July 19, 2014

Nasi Ayam semudah ABC

Assalamualaikum,

Hari ni anis nak share satu resepi.
Anis bukan dalam golongan pandai masak.
Jadinya bila dapat buat nasi ayam ni kira woww sangatlah! HAHA

Tak sangka pula yang nasi ayam ni mudah saja nak buat.
Perempuan macam anis ni pun boleh buat.
Yang dulu masa zaman bujang zaman remaja tak nak masuk dapur langsung tolong mama.
Tahu order dan bila masuk dapur semua dah ready. Ish ish ish.
Sampai sekarang perangai tak ubah.
Tapi dengan mama sendiri jer lah.
Dengan mak mertua tak buat perangai manja ngada2 tak senonoh ni.
HEHE.

Ok. Terus pada resepi nasi ayam semudah ABC.
Haa kalau kata semudah ABC, memang mudah lah kak oii.

Bahan-bahan.

1 ekor ayam belah 2.
Halia.
Bawang besar 3biji.
Bawang Puteh 2 ulas.
Cili merah 5-6biji.
Tomato.
Salad.
Kentang.
Lobak merah.
Timun.
Madu.
Minyak bijan.
Kicap manis. (anis guna ABC)
kicap biasa.
Cuka.
Garam.
Gula.
Mentega.
Sos cili.
Daun sup.
Daun bawang.



Langkah-langkah.


  1. Rebus ayam yang telah di basuh dalam periuk. Masukkan halia 1 inci yang telah diketuk bersama dengan ayam.
  2. Sementara rebus ayam tu bolehlah sediakan bahan untuk nasi. Potong 2 biji bawang besar, bawang putih dan 1 inci halia. Masukkan 1-2 sudu mentega dalam kuali. Dan tumis bahan-bahan tersebut. Masukkan ke dalam periuk nasi dan kacau bersama beras. Ambil air rebusan ayam tadi sedikit untuk masak nasi. Ikat daun pandan dan masukkan sekali supaya nanti nasi wangi. Actually kena guna halba tapi since tak ada kita guna saja daun pandan. Pernah try tambah susu masa 1st time masak, tapi nasi jadi terlalu muak untuk di makan. So, tak payah guna susu.
  3. Ayam yang telah direbus tadi toskan kemudian masuk dalam satu bekas. Sekarang kita nak perap ayam dengan kicap manis+madu+kicap biasa+minyak bijan. Untuk bahan-bahan perap ni anis tak ada sukatan. Terpulang pada anda nak bubuh banyak mana. Kalau nak rasa lebih honey, lebihkan lah madu. Gaul rata dan rasa ikut kesukaan anda. 
  4. Sementara kita perap sekejap ayam tu, bolehlah settlekan sup dengan sos cili. Untuk sup, panaskan semula air rebusan ayam tadi. Masukkan potongan bawang besar, kentang, lobak merah, garam dan stok ayam knoor. Nak guna stok ayam jenama lain pun tak apa. Janji stok ayam. Biarkan sup masak sehingga kentang dan lobak merah masak. (anis biarkan sup masak dengan api sederhana sahaja).
  5. Sementara nak tunggu sup siap, ambil cili merah, potong dan buang bijinya. ambil bawang puteh 2 ulas. potong2. masukkan dalam blender bersama dengan gula. Masukkan sedikit air masak yer, jangan guna air paip. blend sampai hancur. Masukkan dalam kuali dan panaskan. Masukkan sedikit cuka dan sos cili. Bagi kepekatan sos cili nasi ayam ni terpulang kepada anda. Kalau nak cair masukkan air lebih sedikit. Kacau-kacau dan rasa. Dah kena dengan tekak, padam api dan hidang.
  6. Sekarang kita settlekan ayam pula. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan ayam dan goreng. Tak perlu goreng terlalu lama sebab ayam ni sebenarnya dah masak masa rebus tadi. Agak-agak lah nak garing mana ayam tu. Bila dah siap goreng, toskan minyak dia. 
  7. Sementara tunggu ayam tu sejuk sedikit sebelum kita chop2 dia, kicap perapan ayam tadi jangan buang. Ambil masuk dalam mangkuk. Itulah kicap untuk nasi ayam kita yer dik non.
  8. Sup pun dah masak. Kicap dah settle. Sos cili pun dah siap. Pergilah tengok nasi. Kalau dah keep warm buka dan kacau dengan senduk supaya bahan-bahan dalam nasi tadi rata. Ada orang letak garam sedikit masa masak nasi, tapi anis tak letak pun. Kalau nak lagi cantik gunalah beras wangi. Hasilnya nasi panjang-panjang. Cantik berderai. :)
  9. Dah siap semua, bolehlah dihidang. Potong ayam tadi. Hidangkan bersama, salad, tomato dan timun.
  10. Sup pula bolehlah hidang bersama hirisan daun bawang dan daun sup.

Dah siap. Boleh lah panggil satu keluarga makan sekali. Ayam tu nasihat anis memang kena guna seekor. Tak payah lah berangan nak masak separuh jer. Tak cukup kak oii. Sekali makan jer dah habis ayam tu.
Family kalau ada 5-6 orang memang cukup sangat. Nasi tu ikutlah berapa banyak pot. Anis masak 2-3pot jer biasanya. Boleh lah nak ulang makan 2x.

Ini lah dia hasilnya. Tapi ini gambar masa 1st time buat, 2nd time buat tak sempat ambil gambar. Malas sebenarnya sebab dah penat almaklum bulan puasa. 

Pada yang nak mencuba selamat mencuba :) Moga sukses hendaknya. HEHE.
Especially kalau anda beginner macam saya. MUAHAHAHAHA.

Ok lah. BYE!

#prayforgaza #prayforpalestin #prayformh17 








Thursday, February 13, 2014

Wedding dress open for rent

Assalamualaikum and hi,

Good news bagi yang nak bertunang or kahwin ke...
Anis asalnya nak jual jer baju kahwin hari tu.
Tapi bila fikir-fikir balik sayangnyaaaa lahaiii.
So, anis decide nak open untuk rent/ sewa.

Ini serius. Anis sayang sangat baju ni.
Beli kain sendiri, design sendiri dan upah jahit dekat tailor.
Boleh oter bagi kecikkan atau besarkan.


Baju ni anis pakai sekali sahaja masa majlis bertandang.
Seperti dalam gambar, baju ni orang kurus boleh pakai, gemuk macam anis pon boleh pakai.
Sebab dia ada riben di belakang baju. Cuma ikat riben ketat-ketat sahaja.
Kalau nak lagi ikut shape badan, boleh jahit dart di belakang baju.
Kalau nak besarkan, boleh tetas dart belakang baju.
Mudahkan?

Syarat-syarat nak sewa mudah sahaja.
Area Melaka sahaja.
Just call anis dan kita jumpa untuk fitting baju.
Kalau nak kena oter, anis akan suggest tailor asal yang jahit baju ni.
Mudah sebab dia yang jahit. Selalunya tukang jahit tak suka nak oter baju yang bukan dia jahit.
So, kita oter kt tailor asal sahaja.

Boleh contact anis di:

010-7601071 (sms only)
anisdesu@yahoo.com (e-mail)





See, chubby macam anis pun boleh pakai :)
And colour dia sangat nice dalam gambar.
Anis open rent sekali dengan veil.

Untuk majlis tunang: Baju perempuan sahaja.
Untuk majlis kahwin : Sepasang (lelaki + perempuan)

Accessories and shawl not included.

TQ!


Wednesday, February 12, 2014

Solemnization

Assalamualaikum,

Heeee...apa khabar? Long time no see huh?
Sorry blog. Malassss kuasa 78000761717.
Blog, anis dah kahwin. Dah nak masuk 3 bulan dah penghujung bulan ni.
Baru sekarang rasa nak sentuh blog.

Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t, akhirnya...
perjalanan percintaan kami berakhir di jinjang pelamin.
Syukur. It is not as easy as you think. After all the hardship, finally,
we are officially HUSBAND & WIFE.

Nervous? Gila kau tak nervous! HEHE
Dupdapdupdap.
Tapi pengantin lelaki rilek gila.
Cuak sedikit sebelumnya tapi dengan sekali lafaz dalam satu nafas,
akhirnya halal for each other.

Tak nak bebel panjang-panjang.
Gambar selalunya dapat menceritakan segalanya.
So, lets scroll down. :)

Pelamin by Rizkwan Bridal.
MUA: Xinesaa Wong
Wedding dress: Personal.















29.11.2013
17.40 PM
;)

Sorry. Ni sahaja gambar yang ada memandangkan gambar dari OP tak dapat lagi.
Nanti dah ada kita update lain lah ye.
Good night :)